Sulit
3 tahun
Lemah tenaga batin dan zakar semakin mengecil
Ketegangan zakar saya semakin menurun sejak 3 bln ke blkgnan ini.nafsu untuk melakukan perhubungan tinggi tetapi ketegangan zakar makin merosot
Utk maklum
Berat badan saya 103kg
Ketinggian saya 179cm
Dan saya makan ubat darah tinggi twynta 80mg sudah 6tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah mati pucuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.