
Sulit
3 tahun
Lenguh bahu kanan dan kiri
Mak sy ada pesakit dialysis dan jantung. Tahun lepas baru pasang stern. Sekarang mak saya lenguh bahu bila buat keja macam sidai baju atau masak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ibu anda. Malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Akan tetapi, masalah ini merupakan masalah yang lazim berlaku terutama sekali di kalangan warga emas. Masalah ini boleh disebabkan oleh masalah otot, sendi bahu atau tulang.
Nasihat saya awasi dahulu gejala ini. Sekiranya masalah ini baru berlaku dimana sebelum ini tidak pernah, lenguh yang datang tiba-tiba sehingga tangan beliau tidak dapat digerakkan atau masalah ini semakin kerap, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.