Sulit
3 tahun
Lenguh Belakang belah Atas
Selamat sejahtera Dr. Sy berumur 24 tahun. Sejak umur 19 sy sering mengalami lenguh belakang, bhagian blakang dada dan blakng perut. Pinggang x rasa sangat. Semasa tarik nafas panjang, akan lebih sakit dan lenguh di bahagian tersebut. Dan terasa letih sekiranya tarik nafas panjang2. Dalam dada pun rasa lenguh macam baru lepas buat sesuatu kerja berat. Sebelum ni sy x pernah rasa macam ni, sy dulu kuat bersukan. Rokok tak hisap. Tapi dlm umo 21 macam tu saya ada la hisap vape, tak kuat sangat pun. Tapi sakit ni seblun tu lagi. Mohon pencerahan. Saya senang rasa letih, rasa lemah, ngantuk,lesu…Tapi sakit2 lain macam demam, batuk, selsema dah lama sy x kena. Jarang la deman, normal je semua tu. Mohon pencerahan ye Tuan Doktor Yg Mulia…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dan lenguh di bahagian belakang badan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- Masalah jantung
- Radang selaput dada (costochondritis)
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom seperti:
- Kesukaran bernafas
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!