Sulit
4 tahun
Luka pada mulut kemaluan
saya zaqera umur 24. luka di mulut kemaluan saya luka seperti ketuat… tapi tidak merasakan sakit… adakah itu bahaya dan mcm mna cara untuk mengatasinya. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Memandangkan anda tidak menjelaskan jantina anda, maka kami mengandaikan penyakit-penyakit yang dapat terjadi pada kedua lelaki dan perempuan. Untuk makluman anda, ketuat pada kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketuat akibat jangkitan virus
- Lichen nitidus sejenis keradangan kulit zakar
- Molluscum contagiosum akibat jangkitan virus
- Pearly penile papules
- Kudis buta
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.