Sulit
2 tahun
Masalah angin berpanjangan
Saya wanita berusia 29thn dan sejak beberapa hari ini, saya kerap mengalami masalah angin sehingga sakit dada dan sukar bernafas. Saya sudah pergi klinik dan makan ubat angin, tetapi masalah angin masih tidak selesai. Hingga bahagian belakang dada saya terasa sakit. Apa puncanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan simptom di atas. Antaranya adalah:
- Masalah gastrik
- GERD (gastro-esophageal reflux disease)
- Ulser peptik
- Sakit jantung
- Pulmonary oedema
- Jangkitan H. Pylori
- Kanser gastrik
Walaubagaimanapun, ini bukanlah diagnosis tepat kerana tiada perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.