Sulit
2 tahun
Masalah bisul yang kerap
Assalamualaikum… umur saya 27 tahun… sy nan tny kenapa ye selepas setahun melahir kan… sy kerap naik bisul di seluruh bdn… skrg anak sy dah pun 2tahun… bisul masih tumbuh… sdgkan sblom ni xpnh kene lgsg…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Mempunyai masalah kulit sensitif
- Sistem imun yang lemah
- Reaksi alahan
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
- Jangkitan pada kulit oleh bakteria, virus atau kulat
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.