Sulit
4 tahun
Masalah haid ketika bersama
Saya wanita berumur 26tahun.saya ada melakukan persetubuhan bersama suami.5minit lepas melakukan saya rasa sakit dan terus ke tandas.check ada darah.sebelum bersetubuh saya x datang haid tapi ada rasa sakit tanda2 nk datang haid.soalan saya adakah memberi kesan kpda alat kelamin saya dan suami?dan bagaimana cara untuk pastikan alat alat kelamin kami bebas dari kuman
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pendarahan selepas bersama ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
- haid
Jika dicuci sehingga bersih, tiada kesan pendarahan tersebut pada suami anda. Selain itu, bahagian kemaluan memang mempunyai kuman tidak kira tanpa persetubuhan atau aktiviti lain. Maka, tiada yang perlu dirisaukan melainkan terdapat penyakit seperti jangkitan kelamin, kulat dan HIV.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.