
Sulit
5 tahun
Masalah haid tidak teratur dan spoting
Saya berusia 25 tahun dan baru berkahwin pada bulan 12 2019. Saya mengalami masalah haid tidak teratur. Baru2 ini saya mengalami spoting berwarna merah dan kadang2 berwarna coklat. Adakah itu haid? Atau saya hamil. Tetapi saya tidak kedatangan haid dari sebelum berkahwin.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, spotting ataupun darah coklat yang keluar diluar tempoh haid boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.