
Sulit
4 tahun
Masalah keputihan berwarna putih berketul di dalam faraj dan sometimes berwarna hijau/kuning,,berbau busuk dan gatal
saya wanita berumur 23 tahun mengalami masalah keputihan yang berwarna putih dan berketul di dalam faraj…sometimes berbau busuk,berwarna hijau/kuning dan gatal.faraj sebelum shave nampak macam kering n gatal dan bile selepas shave kulit miss v mengelupas

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan dan kegatalan yang anda alami boleh disebabkan:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin - jika ada melakukan hubungan seks bebas
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.