Sulit
3 tahun
Masalah keputihan dan kegatalan
Sy wanita berumur 35 thn,ada masalah keputihan yg menyebabkan kegatalan dan rasa todak selesa. Warna keputihan jernih tetapi dlm bentuk jelly kental. Boleh kah sy terus mengambil ubat antifungal atau perlu juga berjumpa doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah kegatalan dan keputihan jernih yang diperihalkan mungkin boleh disebabkan oleh penyakit yang perlu dibimbangkan ataupun tidak. Namun pada biasanya, keputihan jernih merupakan salah satu rembesan normal yang berlaku pada ketika waktu kedatangan haid yang dikawal oleh hormon Estrogen wanita. Pada biasanya keputihan normal adalah tidak berbau, cair, tidak melekit dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika sebaliknya, ia merupakan keputihan yang berpunca daripada beberapa penyakit seperti:
- Alahan pada kulit kelamin seperti Contact dermatitis yang boleh disebabkan oleh pemakaian sabun yang salah atau kain yang mempunyai bahan alahan.
- Jangkitan yis
- Jangkitan bakteria
- Keradangan pada vagina
- Jangkitan HIV
- Syfilis
- Jangkitan kulat seperti Candidiasis.
- Jangkitan STD yang lain yang perlu diketahui lebih lanjut.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Secara khususnya, setiap warna keputihan mempunyai punca-punca jangkitan yang berlainan. Contohnya, jangkinan kulat selalunya akan menyebabkan keputihan berwarna kuning atau hijau.
Namun, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan lebih lanjut sebelum mendapatkan rawatan antifungal yang anda perihalkan tadi bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk akibat rawatan yang salah. Terdapat juga kemungkinan bahawa masalah anda adalah disebabkan oleh alahan semata-mata.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.