Sulit
3 tahun
Masalah kesihatan kurang pendengaran telinga tersumbat di sebelah kiri
Doktor,Sya ada mempunyai masalah telinga tersumbat tapi tidak merasa sakit,hanya kurang pendengaran di sebelah kiri secara tiba-tiba,Saya ada alami batuk dan selesema kemungkinan puncanya telinga tersumbat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tahi telinga tersumbat
- Jangkitan telinga
- Bendasing di dalam telinga
- Penyakit Meniere
- Radang tonsil atau tekak
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana masalah hilang atau kurang pendengaran memerlukan perhatian dan rawatan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.