
Sulit
4 tahun
Masalah kulit kering
Saya wanita 22 tahun mempunyai masalah kulit kering pada kaki, kedua kaki saya sangat kering dan hitam dan sering juga gatal pada tapak kaki ianya terlalu gatal sehinggakn saya tidak boleh tidur . Boleh saya tahu doctor product apa yang saya patut pakai . Saya terlalu stress memikirkannya

4 tahun
Selamat sejahtera & terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Tanda-tanda awal ruam
- Alahan terhadap produk kecantikan atau ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Dermatitis Seborrhoeic
- Jangkitan fungus
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- atau gangguan kulit kering yang lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Jauhi asap rokok dan perkara lain yang boleh menyebabkan iritasi kulit
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Krim atau losyen mosturizer juga boleh membantu mengurangkan gejala kulit kering yang ringan dan sederhana. Namun anda tetap dinasihatkan mendapat nasihat doktor secara langsung terlebih dahulu.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.