Sulit
3 tahun
Masalah lutut dansukar brjalan
Hi doc haritu saya ada jatuh di sekolah and then i went to the hospital because i cant even walk after that saya buat xtray and doc cakap tak ada apa apa so saya just consume ubat yang doc bagi . proses untuk saya boleh berjalan ambik masa dalam seminggu . Lepas seminggu saya kembali ke sekolah and jalan pon slow slow . Lepas 3 minggu sakit tu datang balik and kdang kadang apabila sakit sampai x boleh straight kan kaki or bengkok and after that ramai yang suruh urut and ad jugak pergi urut . Sakit tu hilang tapi akan datang bila bila sahaja . Sejak minggu lepas saya selalu sangat sakit dan saya lupa nk bagitahu dalan lutut bhgian kiri saya ada sejenis biji or benjol yg bergerak gerak apabila benjol tu bergerak sakit tau doc rasa macam kaki xboleh gerak and sampai sekrang saya rasa sakit tu Conclusion -which depart should i refer -
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat anda sukar berjalan dan sakit lutut yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Namun begitu, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan sakit lutut sukar pulih:
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
- Radang sendi
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.