
Sulit
4 tahun
Masalah pada kitaran haid
Hai doktor, saya berumur 21 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mengalami gangguan haid. Saya mula mengalami haid sewaktu berumur 10 tahun dan haid datang seperti biasa pada setiap bulan dengan kebiasaannya 7 hari. Walau bagaimanapun, saya dapati dalam setahun belakangan ini haid saya menjadi sangat tidak teratur sehingga menimbulkan stress dan kerisauan.Ada kalannya saya mengalami haid dua kali dalam sebulan. Dan semenjak akhir-akhir ini haid saya hanya keluar sedikit sahaja. Haid hanya keluar pada hari pertama dan kemudian tidak keluar langsung. Dan ia berlarutan sehingga kini. Kira2 dua bulan juga saya sudah tidak mengalami period. Baru-baru ini saya ada berjumpa doktor, ujian air kencing menunjukkan tahap yang baik. Doktor meminta saya untuk mengambil supplement evening primrose oil. Apakah pandangan doktor terhadap masalah yang saya hadapi ini? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa yang boleh membuat kitaran haid tidak teratur, seperti:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda masih berpanjangan. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!