
Sulit
4 tahun
Masalah pendengaran dan telinga bengkak dan sakit
Saya seorang wanita berumur 20an, dalam masa 2-3 bulan yg lalu saya mempunyai masalah dari segi pendengaran dikedua-dua belah telinga.
Saya telah mendapatkan rawatan di klinik kerajaan dan juga swasta, telinga saya didapati bengkak dan berair. Selepas rawatan telinga kanan saya dapat mendengar dengar jelas tetapi telinga kiri saya masih tidak jelas. Untuk makluman Doc, kedua-dua telinga saya akan sakit dan gatal2 sehingga hari ini.
Disini saya sertakan nama ubat yang saya dapat dari klinik untuk semakan.
- Febricol-Rx
- Ciprofloxacin
- sodium bicarbonate 5% (drop)
- Loratadine
Soalan saya, telinga saya masih sakit dan kurang pendengaran, adakah saya perlu mendapatakan rawatan pakar sakit telinga atau saya perlu menghabiskan semua ubat ini dahulu?.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah pada telinga biasanya memerlukan pemeriksaan sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Saya menyarankan agar anda merujuk pakar memandangkan anda telah mendapatkan rawatan awal namun tidak berkesan.
Antara penyebab gangguan pada telinga ialah:
- Jangkitan kuman
- Tahi telinga yang termampat akibat penggunaan putik kapas
- Telinga dimasuki air
- Masalah pada struktur telinga
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.