azyda.s
4 tahun
Masalah period & mual
Doctor,
Sy berumur 29 dan mempunyai masalah period tidak teratur. Setiap bulan period saya lewat. Dan waktu haid saya 4-5 hari saja.
Dan mengenai masalah kedua. Saya rasa mual dan loya tapi tak muntah. Terutamanya sekali selepas makan dan bau-bauan. Sy ada buat test upt 2 kali tp hasil nya negatif.
Adakah masalah sy ni normal atau sebaliknya ? Terima kasih doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- berat badan berlebihan
- masalah hormon yang tidak seimbang
- masalah struktur rahim
- cysta pada ovari (polycystic ovarian syndrome)
Bagi masalah mual yang anda hadapi, sindrom PMS juga boleh menyebabkan gejala seperti awal kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.