
fatimatulasmak554
5 tahun
Masalah segugut teruk
Saya berumur 21tahun dan sudah bkhwin 1tahun 1bulan…sebelum saya bkhwin 2tahun lpas saya mgalami msalah segugut teruk dan dimana sampai tahap pgsan jika tidak mgambil sbarang ubat…jdi stiap bulan saya akan ambik ubat tahan sakit sllu beli dkt frmsi…dan di mana skrg slps bkwin saya mgalami air kncing bdarah pada bulan 4 bulan 5 pula prubahan kitaran haid dimana sampai 44hri (16/5 start priod dan 29/6) bulan 7 ni saya belum period…apakah itu normal ye doktor??
#sayaappoiment23/8 dihospital kajang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah senggugut yang teruk anda alami beserta masalah kencing berdarah anda boleh disebabkan:
- Radang pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Fibroid dalam rahim
- Endometriosis - tompokan sel dinding rahim yang boleh merebak ke pundi kencing juga
- Masalah ovari - ovari terbelit, atau kista ovari seperti Sindrom Polisistk Ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.