
Anonymous
5 tahun
Masalah tidur dan pernafasan
Assalamualaikum. Sy wanita berusia 30 thn dan belum berkahwin. Sy nak tahu apa punca seseorang yg tidur dalam keadaan posisi bdn menyandar di atas kerusi dan mulutnya ternganga @ terbuka semasa tidur tetapi tidak pernah berdengkur. Situasi ini pernah dan selalu sy alami jika sy tertidur dalam keadaan menyandar. Sy tidak sedar pun semasa sy tidur keadaan sy seperti tersebut tetapi ada orang lain yg akan tegur. Apakah ia suatu penyakit atau perkara biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Untuk makluman, anda belum menjelaskan masalah pernafasan yang dihadapi dan kaitannya dengan posisi tidur tersebut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih