Sulit
3 tahun
Masalah zakar cepat kendur bila bersama
saya mempunyai diabetes type1.menggunakan suntikan insulin.masalahnya bila bersama zakar tegang sekejap sahaja.apakah cara rawatan atau ubat yang boleh merawat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu zakar cepat kendur bila bersama. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab kepada masalah ini yang perlu dikenalpasti sebelum rawatan yang tepat dapat diberikan. Antaranya ialah:
- Akibat rendah serotonin (sejenis neurotransmitter otak yang mengawal nafsu seksual)
- Usia
- Psikologi seperti perasaan negatif memberi impak terhadap nafsu seksual
- masalah hormon testosterone (yang mungkin disebabkan oleh beberapa penyakit seperti diabetes)
Setelah masalah ini selesai, nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sekiranya gejala ini telah berlangsung sejak beberapa lama, dikhuatiri dapat menganggu rutin seksual dan juga mempengaruhi hubungan anda. Maka, adalah sebaiknya anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan untuk rawatan yang tepat. Membeli ubat sendiri adalah tidak disarankan sebelum kondisi kesihatan anda benar-benar diperiksa. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi daripada terjadi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah