Sulit
3 tahun
Membuang Air besar bersama darah
Saya wanita 26tahun.
Saya 159 cm with 88kg.
Minggu ni saya 2 kali berak berdarah.
Fresh blood.
Kalau saya nak ke KK, mcm mana saya nak bagitahu yang saya nak buat pemeriksaan mendalam ke atas usus saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang berak berdarah.
Untuk makluman anda, sekiranya anda ke KK, saya cukup yakin Doktorr akan melakukan pemeriksaan terperinci dan sekiranya anda perlu untuk lakukan ujian-ujian lain, Doktor tersebut akan rujuk anda ke hospital yang mempunyai fasiliti ujian tertentu.
Untuk makluman anda, berak berdarah boleh disebabkan oleh:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Keradangan anus
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.