Sulit
3 tahun
Mengamali pendarahan selepas membuang air besar
saya berumur 17 tahun. 2hari yang lepas saya mengalami pendarahan selepas membuang air besar tetapi tidak sakit dan harini perkara yang sama berlaku. darah itu masih segar dan tidak bercampur dengan najis. apa yang patut saya buat doc? adakah saya mempunyai penyakit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan selepas membuang air besar. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Keradangan anus
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih