Sulit
2 tahun
Merancang kehamilan ketika musim pendemik
Salam dr, sy berumur 28 thn dan baru berumah tangga, oleh kerana keadaan pandemik masa kini dan sy sentiasa pjj dengan suami sy berfikir utk merancang kehamilan menggunakan pil perancang yasmin, sy difahamkan pemakanan pil tersebut hendaklah di ambil pada hari 1st sy period sehingga pil ke 21 selepas itu rehat selama seminggu dan makan kembali pil pd hari ke 8. Soalan saya adakah waktu rehat seminggu itu sy akan period? Sy masih kurang faham aturan period yg akan sy dapat memandangkan waktu period akan datang sy ialah pd 19/9/21. Mohon pencerahan dr. Utk makluman dr, sy pernah mengambil pil yasmin ketika sy di sek menengah setelah di consult dr pakar akibat senggugut yg teruk, period yg tidak teratur dan masalah jerawat.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami pil perancang yasmin sebagai kaedah perancangan keluarga dan ingin mengetahui tentang cara pengambilan pil tersebut. Kami akan cuba membantu anda.
Seperti yang anda sedia maklum, pil perancang yasmin perlu diambil setiap hari pada waktu yang sama untuk 21 hari. Bagi 7 hari seterusnya, anda tidak perlu mengambil pil. Pada waktu ini, anda mungkin akan mendapat ‘withdrawal bleeding’. Ada sesetengah wanita yang tidak mengalami ‘withdrawal bleeding’ dan ia adalah perkara yang normal. Anda bperlu menyambung pengambilan pil selepas tamat 7 hari tanpa pil untuk memastikan kaedah perancang ini berkesan. Anda boleh mendapatkan nasihat lanjut daripada doktor kami mengenai perkara ini sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.