
Sulit
4 tahun
Miss v berbau busuk,gatal dan sakit waktu membuang air kecil
Saya wanita 20 tahun mengalami miss v yg berbau busuk seperti telur busuk,gatal dan sakit waktu membuang air kecil

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda. Umumnya gejala sakit & gatal ketika buang air kecil, diiringi dengan bau busuk pada kemaluan, lazimnya boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Penyakit menular seksual
- Teknik cuci kemaluan yang salah
- Vaginal douching
- tabiat minum air yang banyak atau kelainan fungsi ginjal
Untuk makluman anda, sekiranya mengalami jangkitan berulang, itu merupakan keadaan serius yang berkemungkinan disebabkan oleh :
- Ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh estrogen dan progesteron
- Penyakit autoimun
- Gangguan kekebalan tubuh seperti HIV/AIDS
- Gangguan saluran kencing (penyakit ginjal, batu karang, dll)
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.