
Sulit
4 tahun
Morning after pill - escapelle (2 kali dalam kitaran haid yang sama) - haid datang lambat
Hi doctor, saya wanita berumur 20-an. untuk kitaran sebelum ini, saya telah datang haid pada 17/3. sepatutnya saya datang haid pada 14/4. tetapi pada kitaran yg lalu, saya telah mengambil morning after pill sebanyak 2 kali. adakah saya perlu risau haid saya lambat dalam 2/3 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid lewat 4 hari. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 21-40 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Secara purata, kebanyakan wanita pernah mengalami haid lewat sekurang-kurangnya satu kali dalam hidup mereka. Haid lewat adalah apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 40 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!