Sulit
2 tahun
Mudah Lupa Dan Keletihan Yang Parah
Hi, Salam. Sejak bulan lepas, saya selalu cepat lupa akan sesuatu benda. Tak sampai seminit, saya sudah lupa apa yang orang arahkan sehingga saya akan bertanya banyak kali perkara yang sama tentang tugasan yang perlu dibuat. Bukan itu sahaja, malah saya juga terlalu cepat sangat lupa dimana barang² yang saya letakkan walaupun baru sahaja seminit dua. Saya juga merasa letih yang teramat sangat walaupun tidak melakukan tugasan yang menggunakan tenaga. Saya baru berumur 25 tahun. Supplement apa yang sesuai untuk saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kekurangan rehat
- Masalah tiroid
- Stres atau tekanan
- Masalah psikologi
- Anemia (kurang darah merah di dalam baran)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Kami tidak dapat mengesyorkan sebarang suplemen tanpa mengetahui status kesihatan anda secara menyeluruh. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau pegawai farmasi untuk berbincang mengenai hal ini terlebih dahulu.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.