
Sulit
4 tahun
Musykil sama ada penyakit resdung atau penyakit lain
Salam doc … sy nk tanye … kadang² sy rase sy ade alergi dengan seafood dan sy alergi dengan benda berhabuk, bulu kucing … sy pernah jugak mengalami sakit di bahagian dahi dan pernah satu hari tu sy bersin dan keluar benda yang seperti habuk yg terkumpul warna hitam dan sy pernah terbau hanyir dekat dalam hidung sy … kalau sy bersin … sy selalu bersin banyak kali dan bersin pada waktu pagi … bila sy bersin … sy sering gatal di bahagian muka dan mata berair sebab sy gosok … sy nk tahu same ade sy ade resdung atau penyakit lain ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang persoalan yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki daripada masalah sakit pada bahagian dahi dan bersin. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk persoalan ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.