Sulit
3 tahun
Nafas pendek tiap masa
Saya wanita, berumur 25 tahun, sejak beberapa bulan ni saya mengalami masalah nafas pendek/sesak. Saya sudah rujuk doktor di klinik swasta dan dapatkan rawatan ECG juga okay. Oxygen okay, tekanan darah okay. Nafas pendek terjadi tiap waktu dalam sehari dan sangat tidak selesa. Malam juga saya perlukan bantal yang tinggi untuk tidur. Saya perlu tarik nafas yang sangat panjang untuk puas bernafas. Pada pendapat doktor, apa saranan doktor ya?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi ini boleh disebabkan oleh:
- Sleep apnea
- Hipertiroid
- Masalah kebimbangan atau anxiety
- Jangkitan tuberkulosis
- Masalah ritma jantung
- Insomnia
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.