Sulit
2 tahun
Nafas terasa sesak, berat dan tak puas sampai kena menguap dulu baru dada rasa selesa
Salam dok. Saya wanita umur 21 tahun. Saya sering rasa sesak nafas dan nafas rasa macam tak puas. Pada bulan januari awal saya rasa saya pergi klinik and doktor cakap pleuritis and doktor bagi ubat. Tapi sampai 2 minggu tak sembuh lagi, then saya pergi klinik lain, doktor lain cakap tro-TBC dan doktor bagi ubat asma dan vitamin peparu. Rasa dah oke. Tapi sering datang lagi kambuh balik, bila dah kambuh rasa kalau tak menguap macam tak puas. Saya rasa memang nafas saya dah berat, tapi bilamana kambuh tu rasa berkali kali lebih berat dan sesak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai nafas anda yang rasa sesak, berat dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antara punca sesak nafas adalah:
- jangkitan kuman pada paru-paru
- gejala covid-19
- asma
- asid refluks
- masalah jantung
- masalah otot dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, sila rujuk perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut memandangkan anda telahpun mendapatkan rawatan awal sebelum ini. Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih mengalami masalah sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!