
Sulit
5 tahun
Najis berdarah pada masa tertentu
Saya seorang lelaki berumur 31 tahun, sejak beberapa bulan lalu najis saya berdarah, tetapi pada masa-masa tertentu sahaja. Adakah lactose intolerance boleh mnyebabkan najis berdarah? Adakah mengangkat berat juga boleh menyebabkan ia berlaku? Boleh sy tahu punca-punca lain bg masalah najis berdarah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Lactose intolerance kebiasaannya menybabkan gejala seperti muntah-muntah, cirit birit, perut kembung. Mengangkat berat boleh meningkatkan risiko buasir.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.