
Sulit
4 tahun
Not Period after a month
Saya last bersama suami awal bulan Sept dan kemudian seminggu selepas itu saya period …pada bulan Oktober saya juga period…tetapi pada bulan Nov period saya lewat…Boleh terjadikah kehamilan jika period datang dua kali berturut-turut kemudian period tidak datang pada bulan ketiga iaitu Nov

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Menurut kenyataan anda, anda mengalami masalah haid datang lewat dari waktunya.
Untuk menjawab soalan anda, adalah mustahil untuk anda hamil kerana anda telah datang haid dua kali berturut-turut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada mengapa haid datang lewat dari waktunya:
- Ketidakseimbangan hormon oleh pelbagai faktor
- Stres
- Obesiti; boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur
- Penggunaan pil perancang ataupun perancang secara implan atau suntikan; ia dapat mengubah kitaran haid anda
- Mengandung
- Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovarian syndrome/PCOS)
Namun begitu, ini hanyalah pandangan am kami mengapa haid anda datang lewat dan kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenarnya.
Cadangan lain yang kami boleh berikan adalah merekodkan kitaran haid anda di dalam diari supaya anda dapat melihat bentuk kitaran anda pada setiap bulan.
Jika anda mempunyai soalan dan kemusykilan tentang keadaan anda, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk pertanyaan lanjut secara peribadi di atas talian bersama doktor-doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.