
Sulit
3 tahun
Pandemic Corona Virus adakah ia benar?
Saya pagi ada buat swab test untuk kemasukan kerja kilang. Dan hasil nya dikatakan positif. Tapi saya tidak berpuas hati saya ke klinik swasta dan membuat sekali lagi swab test dan hasilnya negatif. Apa kah saya ni positif atau negetif?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, kadangnya swab test akan memberikan keputusan positif palsu, false positif sekiranya sampel yang dikutip itu kurang sesuai. Untuk pastikan status kesihatan anda, anda boleh ulang semula swab test tersebut atau menghadiri ke klinik kesihatan untuk dapatkan ujian yang lebih lanjut, iaitu PCR. Keputusan ujian PCR adalah lebih tepat dan ia adalah standard emas untuk mengesahkan jangkitan covid.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini