
Sulit
5 tahun
Payudara sakit tanda sakit kanser?
Payudara sebelah kiri saya sakit berdekatan dengan kawasan ketiak. Terdapat butir jika disentuh tetapi agak sukar kerana butir itu seperti jauh ke dalam.Saya baru berusia 17 tahun dan takut ia adalah masalah kanser. Apabila saya baring secara melintang, payudara sebelah kiri saya akan berdenyut sedikit di bahagian tepi ia.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Fibroadenoma
- Lipoma
- Kanser payudara
- Jangkitan bawah lapisan kulit
Buat temu janji dengan doktor anda jika:
- Anda mengesan benjolan baru pada payudara
- Anda mengesan perubahan lain pada payudara anda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut seperti sejarah ahli keluarga yang berpenyakit adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.