
Anonymous
5 tahun
Payudara saya bernanah sebab suntik filler
saya wanita berumur 37thun,saya melakukan suntikan filler pada 25.5.2019,pada 16.6.2019 payudara sya mula bengkak dan merah,sakit,sya asyik demam sya hnya di beri antibiotik mkan tp x baik2,akhirnya pada 4.7.2019 sya jumpa pakar di hosptal kempas tp sya di suntik antibiotik jgak,sebayak 9x suntikan mahal skali suntik rm280 tp x jgak baik adakah payudara sya kena di buang doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah masih kurang lengkap. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya anda jelaskan lanjut dari mana keluarnya nanah, bagaimana warna dan rupa lokasi suntikan, apakah masalah terjadi di kedua-dua payudara atau hanya salah satu, dan sebagainya.
Secara umum, payudara bernanah setelah habis melakukan perawatan filler boleh jadi kerana jangkitan pelbagai kuman seperti Staphylococcus aureus dan lain-lain. Seandainya demam anda tidak membaik setelah diberi antibiotik makan mahupun suntikan, kemungkinan besar anda harus mengunjungi doktor sekali lagi agar nanah tersebut dikeluarkan dan agar anda dapat diberikan antibiotik tambahan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih