
Anonymous
5 tahun
Payudara selepas melahirkan
saya baru sahaja melahirkan, tapi dlm 2 3 hari saya mndapati di ketiak saya ada satu ketulan seperti payudara lebihan dan bila dipicit mngeluarkan sedikit susu. rasa sgt tak selesa sbb terasa bengkak dan keras pd bahagian tu. adakah itu bahaya? apa yg seterusnya patut saya buat? bolehkah ianya dibuang?

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan tahniah atas kelahiran anak anda.Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan benjolan di ketiak,antaranya ialah:
Benjolan lemak
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Anda amat disarankan untuk merujuk hal ini kepada pakar obstetrik supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan kepada anda dan juga untuk mengelakkan komplikasi yang boleh wujud pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.