Sulit
3 tahun
Pecahan ketulan lembut keluar dari tekak
Saya berumur 20an, hari ini baru pertama kali sewaktu saya batuk, keluar banyak pecahan ketulan kecil.sebelum ni, ketulan kecil tu hanya keluar satu je. Ketulan tu lembut sebab kalau tekan dengan tisu, ketulan tu pecah. Takde benjolan apa apa di leher. Bau ketulan kecil tu pon kurang menyenangkan. Saya tak sakit tekak,batuk pon kadang kadang sahaja. Adakah itu tanda tonsilitis? Yang saya pasti itu bukan sisa makanan.
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Kami faham anda bimbang dengan masalah pecahan ketulan lembut keluar dari tekak. Ini akan berlaku sewaktu anda batuk dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Tiada benjolan apa apa di leher dan ketulan itu lembut dan akan seolah seolah pecah jika ditekan. Walaupun anda memberikan maklumat tentang ketulan itu, kami masih memerlukan lebih banyak informasi dari anda.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Tonsillitis merupakan keradangan tonsils anda yang dijangkiti oleh bakteria ataupun virus. Tonsillitis boleh dikategorikan kepada tiga jenis mengikuti jangka masa simptomnya, iaitu tonsillitis akut, tonsillitis kronik dan tonsillitis berulang. Bagi anda, kekerapan berlakunya tonsillitis meletakkan anda dalam kategori tonsillitis berulang.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.