
Sulit
4 tahun
Pedih selepas kencing
Saya lelaki 50 thn. Kadang kala terasa pedih selepas kencing. Sy ada hipertensi dan hati berlemak. Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit ataupun pedih bila kencing boleh disebabkan beberapa perkara. Diagnosis perlu dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Antara punca sakit bila kencing ialah:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Keradangan pada prostat ( Prostatis )
- Keradangan pada pundi kencing ( Interstitial Cystitis )
- Jangkitan kulat
- Masalah otot pelvis yang mengawal saluran kencing
- Penyakit keradangan pelvis (PID) - hasil dari jangkitan STI
- Masalah pengsarafan pada otot pelvis
- Diabetes mellitus
- Jangkitan kuman pada buah pinggang
- Penyakit keradangan pada buah pinggang
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.