
Sulit
4 tahun
Pedih ulu hati & sukar bernafas
Hi doktor, minta bantuan, pagi semalam sy cuba check UPT tetapi double line samar. Pada malam hari sy mula kena pedih ulu hati sampai sukar bernafas. Apa yang perlu sy buat ye doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pedih ulu hati dan sukar bernafas.
Untuk makluman anda, pedih ulu hati dan sukar bernafas boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Penyakit refluks atau GERD
- Alahan
- Penyakit asma
- Keradangan kerongkong tekak
- Jangkitan kuman pada kerongkong
- Jangkitan kuman pada paru paru
- Anemia
- COPD: masalah paru paru sempit akibat merokok
- Penyakit jantung koronari
Masalah masalah diatas memerlukan pemeriksaan fizikal di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala sebegini kerap berulag dan mengganggu aktiviti harian anda.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda boleh ulangi ujian kehamilan sekiranya haid tidak datang selama sebulan, hal ini kerana kemungkinan hormon terlalu rendah untuk mengatakan anda hamil sekarang.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.