
Sulit
4 tahun
Pemanis equal dan kencing manis
Morning doc saya nak tumpang tanya sy ada kencing manis,boleh tak kalau saya ambil pemanis equal utk ganti sbg gula setiap kali saya ingin minum manis…adakah elok pemanis equal ni kalau di amalkan?tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa makanan yang anda boleh makan sebagai penghidap kencing manis, seperti:
- Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, kobis dan bok choy
- Makanan bijiran penuh
- Ikan seperti salmon, mackerel, tuna dan sardin
- Kekacang
- Buah-buahan sitrus seperti buah oren
- Ubi keledek
Makanan yang anda perlu elakkan adalah makanan mempunyai indeks glisemik yang tinggi seperti:
- Nasi putih
- Pasta
- Roti
- Kentang
- Tembikai
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar atau pakar nutrisi untuk menentukan pemakanan yang sesuai untuk anda dan mendapatkan kesimpulan lebih lanjut.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.