
Sulit
3 tahun
Pembendahan Apendix
Saya seorang remaja berumur17thn,saya menjalani pembendahan apendix pada umur 15thn,skrg saya terasa sakit di bahagian tersebut

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami keresahan anda berkenaan gejala sakit pada bahagian tubuh yang terletak pada kawasan bekas pembedahan apendiks anda sekitar dua tahun yang lalu. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit pada kawasan abdomen kanan boleh disebabkan oleh
- pengumpulan gas
- gangguan pencernaan (indigestion)
- tanda-tanda awal angin pasang
atau gangguan yang lebih serius seperti
- radang apendiks yang berulang (recurrent appendicitis)
- irritable bowel syndrome
- inflamatorry bowel disease
Ada perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami
- demam
- mual dan muntah yang berterusan
- sakit yang teramat secara tiba-tiba atau berterusan
- perut yang mengeras dan sakit ketika disentuh (tenderness)
- berak berdarah
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.