
Sulit
3 tahun
Pendarahan diluar waktu haid
Hi doktor, saya berumur 20 tahun dah masih belajar. Saya baru berkahwin april lalu. Sekarang saya ada masalah tentang pendarahan diluar kitaran haid. 13may first day saya datang period dan habis 18may. Tetapi 25may saya dapati ada pendarahan yang banyan berwarna hitam/coklat tua dan ia berterusan sampai hari ini 1jun. Setiap kali bersama suami terasa sakit dan pedih. Selepas bersama suami, baru keluarnya darah hitam dalam bentuk pepejal dan berterusan berhari-hari. Saya juga ada rasa sakit di bahagian perut/rahim. Sekarang ni saya mengalami kecing tak lawas dan susah untuk tidur malam. Kencing juga kerap. Suhu badan saya juga meningkat dan mudah rasa letih. Saya ada buat research tentang apa yang saya alami. Hampir sama dengan tanda kanser serviks. Adakah ia betul?. Saya juga ada menggunakan pregnancy test sebanyak 2kali dan hasilnya negative. Saya takut sebabnya saya masih muda. Terima kasih harap doktor dapat memberi penjelasan kepada saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan pendarahan berwarna coklat yang berpanjagan selepas haid.
Untuk pengetahuan anda, gejala keluar cecair warna coklat atau kehitaman, boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.