Sulit

3 tahun

Pendarahan keluar dari alat sulit

Saya wanita berumur 30tahun. Sejak bulan Ogos, saya telah mengalami period yang berpanjangan dan telah berjumpa dengan doktor. Doktor hanya memberikan ubat norethisterone untuk menghentikan period. Setelah darah berhenti, saya telah membuat ujian pap smear dan keputusan boleh diketahui pada minggu hadapan. Sehari selepas ujian pap smear, saya ada berhubungan seks dgn suami ada terdapat pendarahan yang sedikit dan pada keesokkan harinya, period saya datang. Namun, setelah habis period, saya sekali lagi berhubungan seks dengan suami dan keadaan yang sama iaitu pendarahan yang sedikit keluar dr vagina. Sehingga kini, pendarahan masih belum berhenti. Apakah ubat yang boleh saya ambil bagi menghenti kan pendarahan tersebut sementara menunggu keputusan pap smear? Adakah saya boleh berhubungan seks?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan dari alat sulit. Untuk makluman anda, sekiranya perdarahan yang normal disebabkan oleh pemeriksaan pap smear, perdarahan tersebut akan berhenti dalam beberapa jam. Spotting atau perdarahan ringan mungkin akan berlaku tetapi ianya akan semakin berkurang dan berhenti dalam jangka masa 2 hari. Setelah menjalani pap smear, anda dinasihatkan untuk tidak berhubungan intim dalam waktu 2-3 hari dari hari pemeriksaan. Hal ini adalah bagi mencegah tekanan dari regangan yang berlaku dan mengakibatkan perdarahan yang lebih banyak.

Berkenaan perdarahan anda yang masih belum berhenti, saya menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda. Hal ini amat disarankan terutama sekiranya anda mengalami simptom lain seperti berikut:

  • Jumlah perdarahan banyak
  • cramp hebat
  • Perdarahan terjadi lebih dari tiga hari
  • Darah gelap dan bergumpal atau berwarna merah terang

Perdarahan setelah pap smear juga boleh menjadi pertanda adanya masalah lain, seperti suatu keradangan, sexual transmitted disease, kehamilan, bahkan kanser serviks. Akan tetapi, anda dinasihatkan untuk tidak terus berfikiran bahawa ianya merupakan suatu tanda kanser kerana masih banyak lagi perkara yang perlu disemak termasuk dari hasil keputusan pap smear anda. Segera berjumpa dengan dokter apabila anda menemukan gejala perdarahan yang tidak biasa.

Anda masih risau tentang perdarahan dari alat sulit yang anda alami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

menstruasi

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)