Sulit
3 tahun
Pendarahan slps period
Saya berusia 40tahun. Dah 1 mggu habis haid. Kemudian sy mengadakan hubungan seks. Selepas saya berhubungan dgn suami. Baru sy teringat yg sy masih belum mkn pil perancang. Dan sy makan pil perancang selepas hubungan seks. Keesokannya keluar darah merah seperti dtg haid. Sekali shj… Soalan sy, adakah itu effect pengambilan pil perancang selepas seks atau ada sebab2 laun terjadi seperti itu… Sekian Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, pil perancang mengandungi hormon yang boleh merubah kondisi hormon tubuh agar pesenyawaa tidak berlaku dalam rahim.
Namun sekiranya diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).