
Sulit
3 tahun
Penerangan mengenai sinus tachycardia and tsh
hi, dr. saya baru discharge from hospital sehari lepas. dr kat situ cakap saya mengalami sinus tachycardia and tsh. dr jugak cakap ada benjol dekat leher saya. saya punya pulse jantung tak stabil and laju, berat saya turun mendadak, rambut gugir teruk, susah nak tidur and pening kepala belah kanan kiri belakang sampai ke belakang leher. adakah saya memerlukan rawatan dengan segera ya? sebab saya pegang leher saya macam benjol dia ada sikit. and saya rasa tak selesa kat bahagian kerongkong. boleh saya tahu apa penyebabnya atau pemakanan yang sepatutnya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Anda ingin bertanyakan tentang penyebab gejala pulse jantung meningkat, berat badan turun mendadak, rambut gugur teruk, susah tidur, pening bahagian kanan dan kiri sampai ke leher dan langkah selanjutnya. Selain itu, anda juga ingin tahu sekiranya gejala-gejala ini berhubungkait dengan gejala sinus tachycardia, hormon tiroid dan juga terasa benjolan yang tumbuh di bahagian lerongkong Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya kelainan sinus tachicardia lazimnya termasuk:
- palpitasi
- sesak nafas
- pening atau sakit kepala
- pitam
- sakit dada
- cemas
- dan kemampuan untuk beraktiviti fizikal menurun
Gejala hormon tiroid yang tidak seimbang pula dapat menyebabkan pelbagai gejala berdasarkan kadar hormon tiroid yang terlalu tinggi (hyperthyroidism) atau terlalu rendah (hypothyroidism). Antaranya termasuk:
- rambut gugur
- gangguan tidur
- gangguan berat badan
- keletihan atau sering berpeluh
Tambahan lagi, benjolan-benjolan di leher juga boleh disebabkan oleh gangguan yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera, seperti:
- jangkitan virus atau bakteria
- komplikasi gangguan organ tiroid
- ketumbuhan pada leher
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat nasihat dan bimbingan dengan lebih lanjut dari segi rawatan (sekiranya terdapat indikasi yang jelas) dan kaedah pemakanan yang terbaik.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Nutritionist.