Sulit
3 tahun
Pening selepas bangun dari tidur di waktu pagi
Sy wanita berumur 32 tahun. Satu pagi, apabila sy terjaga dr tidur,sy berasa berat di bahagian belakang kepala. Sy mengiring kekiri dan menstabilkan badan kemudian sy cuba bangun. Setelah cuba bangun, kepala saya berpusing dan sy terjatuh kembali di atas bantal.sy masih sedar tp masih pening (cuma tidak pusing) dan cuba pula mengiring ke sebelah kanan dan cuba bangun. Sy dpt duduk dan masih pening (ringan). Sy hanya mengambil ubat sembelit beberapa hari lepas. Mohon pencerahan doctor tentang keadaan sy. Adakah sy patut berjumpa doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hipotensi
- Kurang gula dalam badan
- Dehidrasi
- Masalah mata
- BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo) Pening apabila mengubah atau bergerak ke suatu posisi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.