Sulit
3 tahun
Penyakit Hepatitis B
Pada tahun 2016 saya terdedah pada hepatitis B…tapi pada tahun 2014 saya sudah ambil vaksin hepatits B dan pada tahun 2017, 2018 ,2019 keputusan HbsAg sebab saya risau dan keputusan adalah nonreactive… Adakah saya perlu risau akan hepatitis B ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang hepatitis B.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda tidak perlu risau kerana keputusan HbsAg non-reactive bermaksud anda tidak dijangkiti oleh virus tersebut. Tambahan anda juga telah menerima vaksin perlindungan daripada hepatitis B.
Untuk pengetahuan anda, hepatitis B berjangkit melalui cecair badan seperti darah dan air mani. Oleh itu sila amalkan hubungan seksual yang selamat dan menjauhi dadah atau berkongsi jarum dengan mereka yang anda tidak tahu statusnya.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.