Sulit
3 tahun
Penyakit kuning atau hepatitis B
Saya pernah terkena cecair badan hepatitis B pada mata 5tahun lalu dan dalam masa 3 tahun berturut-turut sejak terkena cecair tu saya buat saringan hepatitis B dekat klinik tiap-tiap tahun dalam masa 3tahun dan keputusan ujian itu berita baik Dr. Cakap ujian saya nonreactive…apakah saya perlu risau kan lagi pasal hepatitis B ? Sebab sy sudah ada ambil hepatitis sebelum terdedah pada hepatitis B
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang hepatitis B.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda tidak perlu risau kerana keputusan HbsAg non-reactive bermaksud anda tidak dijangkiti oleh virus tersebut. Tambahan anda juga telah menerima vaksin perlindungan daripada hepatitis B.
Untuk pengetahuan anda, hepatitis B berjangkit melalui cecair badan seperti darah dan air mani. Oleh itu sila amalkan hubungan seksual yang selamat dan menjauhi dadah atau berkongsi jarum dengan mereka yang anda tidak tahu statusnya.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.