
Sulit
5 tahun
Perbezaan sifilis home test Dan lab test
Saya telah menjalani ujian darah VDRL Dan reactive dengan bacaan 1.8… selepas itu,Saya telah diberi suntikan penicillin sebanyak 3 dos.selepas sebulan Saya buat ujian darah semula lagi Dan bacaan Saya 1.4.menurut doctor lab,dia menyuruh saya buat ujian semula selepas enam bulan…bagaimana pun Saya risau Dan saya membeli syipilis test kit home dengan membuat ujian darah sendiri.bacaan pada cassette ialah c…yang menyatakan negatif…Saya di sini ingin tahu,mana satu kepastian,sebab penyakit ini membuat Saya rasa risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pemeriksaan home test biasanya bersifat kualitatif yaitu bermaksud ia hanya dapat memberikan bacaan positif atau negatif. Apabila kadar kuman dalam darah terlalu sedikit, pemeriksaan ini akan memberikan hasil negatif.
Berbeza dengan pemeriksaan lab di hospital, ia bersifat kuantitatif yang mana bermaksud ia menyatakan bilangan nomor kuman yang masih berada di dalam darah.
Memandangkan anda telah mendapatkan pengubatan untuk penyakit ini, sebaiknya anda meneruskan pengubatan dan follow up seperti yang diberitahu doktor anda
Bagi mendapatkan keterangan dan info lanjut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.