
Sulit
3 tahun
Period berlebihan dan berketul
sejak saya keguguran pada tahun 2019 period saya mula tak teratur. masa sebelum tu cantik je setiap bulan. skrg ni kadang 5 bulan x period baru period.baru2 ni bulan lepas saya period and bulan ni alhamdulillah period tapi utk kalini saya punya period banyak sgt and berketul harini dah hari ke 8 tapi makin banyak and kelur ketulan darah besar2. adakah normal or saya patut jumpa dr? saya harap dr dapt bantu

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami turut bersimpati dan sangat memahami keresahan anda berikutan masalah kitaran haid yang tidak teratur dan disertai gejala pendarahan period yang banyak dan berketul. Kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang tidak teratur boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup aktif
- Tekanan atau faktor psikologi
- Peningkatan atau penurunan kadar hormon
- Kesan sampingan ubat-ubatan yang mencairkan darah
Namun begitu, kitaran haid tidak teratur yang disertai pendarahan yang luar biasa juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit PCOS
- Ketumbuhan fibroid
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut atau merujuk anda kepad apakar sakit puan sekiranya perlu.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan