
Sulit
3 tahun
Period delay 7 bulan boleh mengandung ke
Hello doc. Saya dengan suami sya skrang tgh merancang nak ada baby sebab musim pkp ni. Kami dua tak boleh bekerja. Jadi kami merancang tapi haritu suami sya ada terpancut drkat atas lubang faraj saya. Maaf soalan macamni. Tapi ada kemungkinan ke untuk sya mengandung. Kalau ada saya bersyukur sebab memang kami nak tpi sebab masalah kewangan ni jaa kami fikir banyak kali… mohon bantuan sebab saya taktahu apa apa. Ni period sya pun tak regular. Dalam 4 bulan sekali baru period. Dah check dengan doc tapi doc kata biasa. Kena jaga makan. Tapi ni sya dah buat upt dapat satu line. Sebab excited dengan agak nervous.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, selain hamil, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi