
Sulit
3 tahun
Period delay dan period tidak lancar
Saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin. Masuk bulan ini sudah 4 bulan period tidak jalan. Bila check di klinik dak scan tiada apa2 masalah. Tidak prgnant & cyst dan fibroids pun tak ada. Doctor juga ada bagi ubat jalan period tapi sampai sekarang tiada apa2 yg berlaku. Untuk sekarang saya juga ada merancang untuk hamil. bagaimana masalah ini boleh terjadi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, haid terlewat, tidak lancar boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Berat badan berlebihan atau berkurang (BMI>25; BMI<18.5)
- Peningkatan atau menurunkan berat badan secara ketara (bersenam berlebihan)
- Kesan pengambilan sebarang ubat seperti pil perancang dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Ubat jalan period biasanya ambil beberapa minggu atau bulan untuk berkesan dan lancarkan period. Sekiranya anda rancang untuk hamil sebelum period anda teratur, memang sukar sikit dari biasa, sebab tarikh ramalan untuk ovulasi lebih sukar untuk dikira.
Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut untuk mengetahui punca penyebab gejala anda serta dapatkan penjelasan dan rancangan yang sesuai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).